Salam semua…
Cuba tengok post lama blog ni, ternyata blog ni dah lama tidak dikemaskini. Al-maklum la, sekarang ni dah sibuk dan banyak benda yang di kongsi bersama teman istimewa.
Mari saya nak bercerita kepada anda semua, kita review kehidupan Muhammad rusdi Buchari ini.
Sejak berumahtangga ini, banyak benda yang menarik berlaku dalam hidup ini. Kebanyakan semua perkara yang nak dibuat akan dibawa berunding bersama timbalan President. Semua perkara harus bersama dan saling ingat-mengingati, beli eskrim ingat tuan puteri, beli kepok ingat tuan puteri, semua perkara harus ingat tuan puteri. Kerana aper kita perlu ingat Persemaisuri ini? Sebabnya dia amanah kita… so, takleh la sorang2, semua kene bersama-sama.
Sejak 7 bulan yang lalu, Permaisuri ini perlu diberi perhatian yang lebih. Semua perkara kene jaga untuk dia walaupun selalu jugak la aku malas2 dan mengharapkan dia…huhuhuuhu.. Tiap2 bulan daku temankan dia pergi temujanji untuk ibu-ibu mengandung. Tiap-tiap bulan jugak la daku selalu dapat tgk dia moncong jer sbb tak berkenan dengan aku. Dulu orang kata isteri yang mengandung ni cepat amarahnya, dan ternyata kini aku hadapi julangan api itu dengan tabah…fuh… Buat si Manja daku, maafkan la kalau ada perkara yang membuatkan dikau berapi-api…
Ha… berbalik pada tajuk di atas. InsyaAllah blog ini akan di tranformasikan menjadi blog family. Tajuk di atas itu akan ditukar menjadi………… belum pikir lagi.. Mungkin lepas ini akan dibanyakkan cerita tentang negara jajahan RUSDI..hahahhahaha.. (gelak jahat la pulak).. huhuhuhuhuhu. Oleh yang demikian, sekiranya ada benda2 baru, inysaAllah akan dikemaskini.. Moga2 ada masa untuk kami mengemaskini blog ini… sekian..


Tinggalkan komen
Sumber komen-komen untuk artikel ini