Salam ukhwah… selamat kembali… Akhirnya….
Bermula dengan tahun 2010… Alhamdulillah… Terima kasih dipanjatkan kepada Allah S.W.T kerana rezeki yang dikurniakan kepadaku. Emm… Hampir 6 bulan blog ini tidak beroperasi, tu yang keluar tajuk kesian tu. Untuk makluman semua (sesaper yg tersesat ke dalam blog nieh) Aku ada satu lagi blog khas untuk ‘menampal’ gambar2 yang aku ambik untuk tatapan semua. Barangsiapa yang mempunyai masa leh la singgah (sesatkan diri) ke blog tersebut http://rusdiyoh.blogspot.com/.
Berhajat juga aku untuk mengaktifkan blog ini untuk sesaper yang takder koje or bosan2 lalu tersesat ke dalam kancah pena siber ini (blog aku nieh). Ok, kita mulakan dengan awal tahun 2010.. jeng…jeng…
Januari: PERSIAPAN KAWEN..
Bulan 1 lepas aku sibuk dengan persiapan untuk melangkah ke alam perkahwinan. Siapkan borang, siapkan baju, siapkan hantaran dan juga paling penting siapkan duit mas kawen sebanyak 300 (selangor ek) untuk bakal isteri. Memang waktu ni la paling pening sekali, sumer nak kene pk. Sudahla kerja kat opis tu banyak nak kene buat, extra jugak ngan kepeningan tuk menyiapkan persiapan kawen…. letih… dari awal sampai la ke tarikh nak akad tu.. 13/2… fuuhhhh.. mencabar… banyak yang habis… tapi untuk yang tersayang, semua kita hadapi kan…hehehehehe… pada semua jejaka yang belom kawen tu… tunggu je la giliran korang yer…
Februari: FIKIRAN TENANG…
Bulan 2 ni pulak bulan yang tenang sekali. Sebabnya segala dugaan telah selesai dan aper yang perlu adalah teruskan kehidupan, yang bestnyer skrang dah berdua. Semua benda rancang bersama, dan banyak benda baru kene belajar. Setiap benda kene berbincang kerana komitmen dah ada, dah tak boleh macam dulu. Bila dah berdua ni, sabat tu penting, eh… knp lak.? ye la.. macam aku ni selalu beno kuar malam, kekadang tu balik sampai 1-2 pagi (hari biasa).. bila hujung minggu kekadang mau 3-4 pagi baru balek… Tapi bila dah kawen nieh mana la buleh buat gitu lagi, sian kat orang umah ditinggalkan sesorang..haaa.. itu dinamakan komitmen, lagipun kita lelaki ni kan sebagai bodyguard pada isteri, so sentiasa la ada di sisi dia (zaman remaja korang tu cukup2 la…)
Mac : ADEH… BIL sana, BIL sini.
Hahahahhaha.. padan muker, saper suh nak kawen awal…hahahah. Bulan 3 pulak lain poningnyer, aliran tunai tu deras jer. Datang surat tu, surat ni, tambah bil tu, bil ini….warkh….. poning… huhuhuhu. Masa ni la kita kene pikirkan cam mana nak kawal semua perbelanjaan, sebab sebelum nieh tak perasan lagik. Tapi bila dah datang sumer bil maka terpening la kepala. Dengan pantas catuan dibuat serta aliran tunai diperlahankan, penggunaan pekakas2 elektrik kene diminimunkan…hehehehe… berjimat.. mandi lak takleh lelama…hahahahha.. Masa ni duk kumpul bil dan bayar mana2 yang penting bila gaji masuk… selebihnya… buat beli barang dapur n shooping… tapi ingat, simpanan kene buat ek…
April : FUH.. MASIH MENCABAR… NAK ‘MAINTAIN’ KAN PERBELANJAAN..perkh..
Bulan 4 ni masih jugak cam bulan 3, walaupun perbelanjaan dah di agih2kan pada yang berhak, tetapi ada jugak benda yang tak cukup..huhuhu.. biasa la keje makan gaji. Maka bulan ni masih juga berjimat cermat, semua masih dalam kawalan. Kawan aku ada cakap, kita perlukan sekurang2 nya 6 bulan tuk konsistenkan perbelanjaan kita yang telah berubah…hihihi.. so.. belajar sikit2 la ek….letih2… harapan pada bulan 5 nnti semua ok…
HAAA… korang tgk la… gatal nak kawen, kan dah berpeluh dahi.. heheheh.. bagi aku orang yang sederhana ni mmg berpeluh, tapi mungkin sahabat diluar tu rezeki lebih Allah berikan so takde la timbul masalah cam aku ni. Modah2 han Masalah ni hanya sementara..hihihi… so… selamat membaca pena siber nieh yer…salam..
p/s: aku nieh boros sebenarnye, macam mana la belanja tak cukup, bulan lepas beli lens camera habis dekat 700… Pastu duk makan makanan luar… pe salahnyer masak kat umah kan…hihihihi..


1 komen
Sumber komen-komen untuk artikel ini
Jun 18, 2010 pada 3:19 am
hana liyana
hye abg rusdi..selamaat akhirnye..sowei tka dpt dtg..t dtg masjlis kita erk..insyaallah..nanti kita sms