Salam…

23hb 10, saya menghadiri kenduri kahwin kawan Wife saya di Sabak Bernam. Perjalanan yang menjerihkan tetapi berbaloi dengan hidangan kenduri yang best..huhuhuhuhu… Perjalanan mengambil masa kira2 3 jam kerana ketika itu saya sedang membawa ibu yang sedang mengandung. So tidak boleh la nak jadi cam NeedForSpeed..

Hanya gambar ni jer yang dapat saya upload dan jika ada perkembangan terkini maka akan sy kepilkan…hihiih

p/s: Minggu depan wife kene minum air gula, sbbnyer paras gula dalam darahnyer telah meningkat. Dan kandungan telah masuk minggu ke 36… Kita doakan bby sihat dan juga semua selamat.. All Is Well…



Akhirnya…..

Hari ni aku bawak balik hadiah untuk wife aku… jengjengjeng… Aku beli benda ni sebab nak baiki paip flush tandas ngan paip bilik air yang dah rosak teruk. Mesti pelik sebab kenapa aku cakap hadiah untuk isteri. Sebabnya si tuan puteri itu asyik bising jer hari2 suh betulkan. Daku lak memberi alasan yang benda tu kene cari kat kedai hardware, so lambat skit la nak g cari. Si dia pulak suh beli la tu jugak… mana la nak dapat… kedai tu bukak sampai kul 6 jer… habis koje kul 5.3, jem lagik dan sampai jer mesti la kedai tu tutop… tapi alhamdulillah benda tu dah diperbaiki… dan sebenar dari cerita ini juga daku ni mmg la maleh2 skit nak g kodai beli benda2 tu…hahahhahahaha

Wife aku kata nak panggil orang tuk baiki, dalam RM200 jugak la kalau baiki benda tu… kalau korang nak tau berapa kos aku baiki sendiri…???

Spanar idop =RM15

Pengapit  =RM10

Whitetape =RM0.50

Kepala paip tahan karat =RM18

Barang2 flush tak masuk pelampung =RM5.00

So semuanya adalah RM48.5…. ha.. save dari 200 kalau panggil orang yang mmg cekik darah… so.. belajar la tu baiki..sonang je pun…

 

Salam semua…

Cuba tengok post lama blog ni, ternyata blog ni dah lama tidak dikemaskini. Al-maklum la, sekarang ni dah sibuk dan banyak benda yang di kongsi bersama teman istimewa.

Mari saya nak bercerita kepada anda semua, kita review kehidupan Muhammad rusdi Buchari ini.

Sejak berumahtangga ini, banyak benda yang menarik berlaku dalam hidup ini. Kebanyakan semua perkara yang nak dibuat akan dibawa berunding bersama timbalan President. Semua perkara harus bersama dan saling ingat-mengingati, beli eskrim ingat tuan puteri, beli kepok ingat tuan puteri, semua perkara harus ingat tuan puteri. Kerana aper kita perlu ingat Persemaisuri ini? Sebabnya dia amanah kita… so, takleh la sorang2, semua kene bersama-sama.

Sejak 7 bulan yang lalu, Permaisuri ini perlu diberi perhatian yang lebih. Semua perkara kene jaga untuk dia walaupun selalu jugak la aku malas2 dan mengharapkan dia…huhuhuuhu.. Tiap2 bulan  daku temankan dia pergi  temujanji untuk ibu-ibu mengandung. Tiap-tiap bulan jugak la daku selalu dapat tgk dia moncong jer sbb tak berkenan dengan aku. Dulu orang kata isteri yang mengandung ni cepat amarahnya, dan ternyata kini aku hadapi julangan api itu dengan tabah…fuh… Buat si Manja daku, maafkan la kalau ada perkara yang membuatkan dikau berapi-api…

Ha… berbalik pada tajuk di atas. InsyaAllah blog ini akan di tranformasikan menjadi blog family. Tajuk di atas itu akan ditukar menjadi………… belum pikir lagi.. Mungkin lepas ini akan dibanyakkan cerita tentang negara jajahan RUSDI..hahahhahaha.. (gelak jahat la pulak).. huhuhuhuhuhu. Oleh yang demikian, sekiranya ada benda2 baru, inysaAllah akan dikemaskini.. Moga2 ada masa untuk kami mengemaskini blog ini… sekian..

MEMPUNYAI 3 BILIK DENGAN 3 KATIL QUEEN SIZE. KATIL DUA TINGKAT, KATIL BAWAH SAIZ KING. 1 KATIL SINGLE. 3 BILIK AIR. RUANG TAMU DENGA TV DAN JUGA PETI AIS. KELENKAPAN DAPUR, DAPUR LUAS.. (sila lihat gambar) call : 017-6031007


Terpancar cahaya kegembiraan kat wajah adik kita ni…huhuhuuhuhu.

Selamat melayari bahtera rumah tangga… Cepat2 la dapatkan baby yer..hihihihi…

GAMBAR: diambil dan diedit oleh daku sendiri yer… ader la bisness kecik2…

“Semakin meningkat umur kita, makin banyak masalah yang akan kita hadapi. Bergantung kepada keupayaan kita untuk menyelesaikan masalah tersebut. Jangan mudah putus asa dan menyerahkan bulat-bulat pada takdir untuk mengurai penyelesaian tanpa usaha dari diri kita sendiri. Ada masalah yang boleh diselesaikan dalam masa yang singkat dan ada pula memerlukan masa berhari-hari, tak kurang juga masalah yang disimpan bertahun-tahun untuk penyelesaian. Janganlah kita menganggap masalah itu sebagai bebanan, tapi anggaplah masalah itu sebagai cabaran yang akan mematangkan diri kita kelak”

Assalamualaikum..

Selamat malam semua (sbb menulis pada waktu malam..hehehehehe), semoga semua pembaca dalam keadaan sihat sejahtera. Lama sudah tidak bersua, semakin pudar gemilang blog ni yer.. Emmm… untuk entry pada minggu ni.. MASALAH…

Masa kecik2 dulu taktau pun ader nyer menatang masalah ini. Apa yang kita tahu adalah main, n main… Bila usia menginjak remaja baru la terasa timbulnya masalajh dalam kehidupan. Namun masalah utama bagi usia remaja adalah mengenal identiti.  Tak pasti nak jadi aper n tak tau nak bentuk persoliti menjadi siapa dan kebanyakannya menjadikan ahli keluarga sebagai idola untuk membentuk identiti. Apa yang pasti maslah waktu remaja memang memberi kesan serta pengalaman pada kita kelak setelah kita dewasa, alamatnye melingkup la korang…hahahahaha…

Habis masalah berpoya2 waktu meningkat dewasa, muncul pulak masalah nak kawen… Fuuuhhhhh, ini betul punya dugaan… Kumpul duit bagai nak rak.. (orang2 cam aku la). Sanggup potong semua bajet demi intan payung yang tersayang..hihihi.. tapi ape2 hal pelaburan kawen ni mmg berbaloi. Masalah tu datang sekali dan kemudian bahagia. Selamanya….ameen…

Bukan takat tu jer masalah nyer, bahagia2 jugak tapi keharmonian kene jaga. Masa dah kawen ni akan timbul masalah kewangan (orang cam aku la).. haaaa.. nak cerita skit… masa ni la nak bayar sewa umah… duit keta… bil2 penting… makan dan sebagainya…. Kene ingat!!!!! semua suami sediakan… Kalau la si isteri nak bantu.. alhamdulillah…hihiihihi… (Malsah ni takkan timbul pada anak menteri, anak orang kenamaan or kayaraya)

Tu la dia… walau banyak mana masalah yang kita hadapi, nak taknak kita kene selesaikan… bukan dengan cara mudah, tapi dengan cara yang usaha, adil dan amanah. … sekian…

salam…

Salam ukhwah… selamat kembali… Akhirnya….

Bermula dengan tahun 2010… Alhamdulillah… Terima kasih dipanjatkan kepada Allah S.W.T kerana rezeki yang dikurniakan kepadaku. Emm… Hampir 6 bulan blog ini tidak beroperasi, tu yang keluar tajuk kesian tu. Untuk makluman semua (sesaper yg tersesat ke dalam blog nieh) Aku ada satu lagi blog khas untuk ‘menampal’ gambar2 yang aku ambik untuk tatapan semua. Barangsiapa yang mempunyai masa leh la singgah (sesatkan diri) ke blog tersebut http://rusdiyoh.blogspot.com/.

Berhajat juga aku untuk mengaktifkan blog ini untuk sesaper yang takder koje or bosan2 lalu tersesat ke dalam kancah pena siber ini (blog aku nieh). Ok, kita mulakan dengan awal tahun 2010.. jeng…jeng…

Januari: PERSIAPAN KAWEN..

Bulan 1 lepas aku sibuk dengan persiapan untuk melangkah ke alam perkahwinan. Siapkan borang, siapkan baju, siapkan hantaran dan juga paling penting siapkan duit mas kawen sebanyak 300 (selangor ek) untuk bakal isteri. Memang waktu ni la paling pening sekali, sumer nak kene pk. Sudahla kerja kat opis tu banyak nak kene buat, extra jugak ngan kepeningan tuk menyiapkan persiapan kawen…. letih… dari awal sampai la ke tarikh nak akad tu.. 13/2…  fuuhhhh.. mencabar… banyak yang habis… tapi untuk yang tersayang, semua kita hadapi kan…hehehehehe… pada semua jejaka yang belom kawen tu… tunggu je la giliran korang yer…

Februari: FIKIRAN TENANG…

Bulan 2 ni pulak bulan yang tenang sekali. Sebabnya segala dugaan telah selesai dan aper yang perlu adalah teruskan kehidupan, yang bestnyer skrang dah berdua. Semua benda rancang bersama, dan banyak benda baru kene belajar. Setiap benda kene berbincang kerana komitmen dah ada, dah tak boleh macam dulu. Bila dah berdua ni, sabat tu penting, eh… knp lak.? ye la.. macam aku ni selalu beno kuar malam, kekadang tu balik sampai 1-2 pagi (hari biasa).. bila hujung minggu kekadang mau 3-4 pagi baru balek… Tapi bila dah kawen nieh mana la buleh buat gitu lagi, sian kat orang umah ditinggalkan sesorang..haaa.. itu dinamakan komitmen, lagipun kita lelaki ni kan sebagai bodyguard pada isteri, so sentiasa la ada di sisi dia (zaman remaja korang tu cukup2 la…)

Mac : ADEH… BIL sana, BIL sini.

Hahahahhaha.. padan muker, saper suh nak kawen awal…hahahah. Bulan 3 pulak lain poningnyer, aliran tunai tu deras jer. Datang surat tu, surat ni, tambah bil tu, bil ini….warkh….. poning… huhuhuhu. Masa ni la kita kene pikirkan cam mana nak kawal semua perbelanjaan, sebab sebelum nieh tak perasan lagik. Tapi bila dah datang sumer bil maka terpening la kepala. Dengan pantas catuan dibuat serta aliran tunai diperlahankan, penggunaan pekakas2 elektrik kene diminimunkan…hehehehe… berjimat.. mandi lak takleh lelama…hahahahha.. Masa ni duk kumpul bil dan bayar mana2 yang penting bila gaji masuk… selebihnya… buat beli barang dapur n shooping… tapi ingat, simpanan kene buat ek…

April : FUH.. MASIH MENCABAR… NAK ‘MAINTAIN’ KAN PERBELANJAAN..perkh..

Bulan 4 ni masih jugak cam bulan 3, walaupun perbelanjaan dah di agih2kan pada yang berhak, tetapi ada jugak benda yang tak cukup..huhuhu.. biasa la keje makan gaji. Maka bulan ni masih juga berjimat cermat, semua masih dalam kawalan. Kawan aku ada cakap, kita perlukan sekurang2 nya 6 bulan tuk konsistenkan perbelanjaan kita yang telah berubah…hihihi.. so.. belajar sikit2 la ek….letih2… harapan pada bulan 5 nnti semua ok…

HAAA… korang tgk la… gatal nak kawen, kan dah berpeluh dahi.. heheheh.. bagi aku orang yang sederhana ni mmg berpeluh, tapi mungkin sahabat diluar tu rezeki lebih Allah berikan so takde la timbul masalah cam aku ni.  Modah2 han Masalah ni hanya sementara..hihihi… so… selamat membaca pena siber nieh yer…salam..

p/s: aku nieh boros sebenarnye, macam mana la belanja tak cukup, bulan lepas beli lens camera habis dekat 700… Pastu duk makan makanan luar… pe salahnyer masak kat umah kan…hihihihi..

16744_195656545066_699570066_4356815_4491024_n

Selamat Pengantin Baru... Farah Hanan n Fairuz

gambar copy dari

http://www.facebook.com/home.php#/asrul.kamarudin

HARI ANDA

Januari 2012
I S R K J S A
« Okt    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

ISTIMEWA CUPCAKE n CAKE

"Rasa lah citarasa asli kek yang enak, menjadikan hidup anda ceria dengan nikmat rasa yang menggembirakan" http://montelcupcake.wordpress.com/

PERFUME EGYPTION POTION

"AROMA WANGIAN INDAH, KEMBALI KEPADA KEGEMILANGAN TAMADUN DUNIA. RAHSIA KECANTIKAN DAN JUGA KEMASYURAN. ORIGINAL EGYPTION POTION" http://www.1dropsp.webs.com/ Mazs:0127475605 (Putrajaya)
Watch videos at Vodpod and other videos from this collection.

ARKIB

DUNIA KU

  • 6,276 kunjungan

POPULAR

  • Tiada
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.